My Followers

Wednesday 24 October 2012

Cara cara untuk Membuat Blog

Hi semua......
Lama juga kan shaini x update apa2???? maklumlak budak pemalas.....;D
Ok, Shaini nk update blog hari ni untuk ajar korang camana nk buat bloggg.........!!!!!!
Ok, untuk buat blog menggunakan Blogger.com, mula-mula uools perlu ke laman web mereka iaitu www.blogger.com. Sebaik sahaja masuk ke laman web tersebut kamu akan bertemu paparan seperti di bawah.
create a blog
Sekiranya uolls mempunyai akaun dengan Google kamu boleh terus sign in ke dalam akaun anda. Sekiranya kamu belum mempunyai akaun Google, sila klik butang “Get Start” seperti paparan di atas. Setelah anda klik “Get Start” anda akan bertemu dengan paparan seperti di bawah. Sila isi semua butiran yang diminta dan klik butang “Continue”
creating a google account
Selepas uolls klik “Continue”, uolls belum boleh buat blog anda. Anda perlu terlebih dahulu verify atau sahkan alamat email anda untuk tujuan pengesahan. Jadi sila semak inbox email yang kamu masukkan sebentar tadi kerana Google akan menhantar email automatik kepada kamu. Apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada link pengesahan yang ada di dalam email yang anda terima dan anda akan dibawa ke halaman seperti di bawah.
email verified
Seterusnya klik pada link “Click here to continue” dan anda akan sampai kepada halaman seperti paparan di bawah ini.
blogger dashboard
Seterusnya klik pada butang “Create Your Blog Now” untuk mulakan tugas buat blog blogspot anda sendiri. Anda akan diminta memberikan nama untuk blog anda dan memasukkan alamat blog pilihan anda. Sekiranya alamat yang anda pilih telah digunakan, sila pilih alamat yang lain dan seterusnya apabila berjaya mendapat alamat yang diingini, masukkan kod verifikasi dan tekan “Continue”
 
Setelah itu anda kan sampai ke peringkat kedua untuk buat blog iaitu memilih template. Pilihlah template yang anda berkenan dan seterusnya “Continue”.
choose a template
Selepas anda klik “Continue” seperti di atas, anda akan menemui paparan seperti di bawah. Jadi, klik pada butang “Start Blogging”.
blog created
Selepas anda berjaya klik pada butang “Start Blogging” maka selesailah tugas saya untuk menunjukkan kepada uolls semua cara buat blog dengan Blogger.com. Selepas itu uolls bolehlah mulakan tugas anda menulis catatan (post) pertama di blog anda.

K uolls semua..... Itu saje shaini nk update kali ni.
Harap korang faham ye......
Bye bye....